Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) memberi amaran kepada pemilik kediaman menjalankan aktiviti perniagaan barangan lusuh. Foto: MPKL
PBTSELANGOR

Pemilik rumah niaga barang lusuh diberi amaran, elak denggi

SHAH ALAM, 29 JUN: Seorang pemilik rumah diberi amaran oleh Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) kerana menjalankan aktiviti perniagaan barangan lusuh.

Yang dipertuanya berkata pihaknya ke lokasi dan mendapati antara barangan itu adalah tayar, tong, peti ais dan besi buruk.

“MPKL tidak teragak-agak untuk mengenakan tindakan jika ada lagi penduduk berdegil berniaga di kawasan rumah mereka kerana ia jelas melanggar peraturan sedia ada,” kata Mohamad Zain A Hamid dalam kenyataan.

Mengulas mengenai kes denggi  Mohamad Zain menggesa penduduk perlu bersama menjaga kebersihan sekitar kediaman bagi mengelakkan penularan.


Pengarang :