Selangorkini
Tinjauan SelangorKini di Pasar Pagi MPSJ Bandar Puchong Jaya yang kembali dibuka pada 16 Jun 2020. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
SELANGOR

Peniaga sambut baik buka semula pasar secara bergilir

PUCHONG, 16 JUN: Peniaga menyambut baik usaha Kerajaan Negeri membuka semula pasar pagi, pasar malam dan bazaria walaupun dilaksanakan secara bergilir.

Peniaga, Norli Ahmad ketika ditemuramah SelangorKini pada 16 Jun 2020. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

Norli Ahmad,39, berkata kebenaran bermula hari ini dapat membantu dirinya mendapatkan sumber kewangan selepas lebih tiga bulan tidak berniaga.

“Sebelum ini saya sewa dua petak tetapi kali ini hanya dibenarkan satu petak. Saya hargai peluang diberikan ini walaupun tidak boleh berniaga setiap hari.

“Semua ketetapan PBT (pihak berkuasa tempatan) dipatuhi termasuk penyediaan cecair pembasmi kuman dan perlu pastikan pembeli berjarak,” katanya ketika ditemui di pasar pagi Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) di Puchong Jaya hari ini.

Sementara itu, peniaga makanan tradisi, Chua Onn Siong berharap sewa tapak pasar dikurangkan susulan larangan berniaga dikuatkuasakan sebelum ini.

Peniaga, Chua Onn Siong ketika ditemuramah SelangorKini pada 16 Jun 2020. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

“Walaupun sudah boleh berniaga, namun pembeli masih kurang. Berniaga pun tidak boleh setiap hari walaupun ada lesen. Harap pembeli akan bertambah selepas ini,” katanya.

Terdahulu, pasar pagi itu dikunjungi EXCO kerajaan tempatan, Ng Sze Han dan Yang Dipertua MPSJ Noraini Roslan.

Bermula semalam, sebanyak 417 pasar dibuka secara berperingkat mengikut ketetapan PBT dan garis panduan Majlis Keselamatan Negara.


Pengarang :