Pengguna Bas Smart Selangor memakai pelitup muka ketika tinjauan SelangorKini di perhentian bas Bandar Baru Ampang pada 3 Jun 2020. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Penumpang Bas Smart Selangor perlu imbas QR SELangkah

SHAH ALAM, 11 JUN: Penumpang Bas Smart Selangor perlu mengimbas kod QR SELangkah (Langkah Masuk Dengan Selamat) di pintu masuk bas sebelum menggunakan perkhidmatan itu, kata EXCO kerajaan tempatan.

Justeru Ng Sze Han berkata pengguna diminta bersabar ketika beratur serta patuh tatacara operasi piawai (SOP) ditetapkan ketika menggunakan pengangkutan awam bagi mencegah penularan Covid-19.

“Bas hanya dibenarkan mengambil dalam lingkungan 20 penumpang sahaja dalam satu masa sebagai langkah keselamatan, jadi orang awam perlu beratur dan jangan berebut untuk naik bas.

“Penumpang juga diminta kekalkan penjarakan sosial, memakai pelitup muka serta menjaga kebersihan sepanjang menggunakan perkhidmatan Bas Smart Selangor,” katanya kepada SelangorKini hari ini.

Sze Han berkata pengguna Bas Smart Selangor tidak perlu bimbang menggunakan perkhidmatan kerana semburan nyahkuman sentiasa dijalankan mengikut jadual ditetapkan.

Pada 24 Mac lalu, perkhidmatan Bas Smart Selangor melibatkan 138 bas di 43 laluan dihenti operasi susulan penularan wabak Covid-19.


Pengarang :