Datuk Dr Noor Hisham Abdullah pada sidang media harian berkaitan jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan pada 28 April 2020. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Perketat jumlah pelawat ke hospital – Dr Noor Hisham

SHAH ALAM, 22 JUN: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih mengetatkan kunjungan pelawat menziarahi pesakit di hospital kerana bimbang berlaku jangkitan termasuk Covid-19.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata orang ramai masih belum dibenarkan melawat ketika ini kecuali kes tertentu seperti pesakit tenat.

“Mereka yang datang kita nasihatkan jangan bawa kanak-kanak dan akan disaring bagi memastikan tidak bergejala,” kata ketua pengarah kesihatan ketika sidang media di Putrajaya hari ini.

Beliau berkata walaupun jumlah kes positif wabak semakin berkurangan, KKM tetap mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan penularan.

Sebanyak 15 kes baharu direkodkan hari ini dengan dua kes import dan 13 penularan tempatan membabitkan individu bukan warganegara.


Pengarang :