Exco Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam Dan Pembangunan Kampung Baru, Ng Sze Han. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
EXCOSELANGOR

PKPP: Masa terbaik pulihkan semula ekonomi negara

SHAH ALAM, 8 JUN: Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) adalah masa terbaik untuk memulihkan kembali ekonomi negara dengan lebih banyak sektor dibenar beroperasi semula, kata EXCO kerajaan tempatan

Ng Sze Han berkata semua pihak perlu memainkan peranan bagi memastikan jumlah kes terus menurun termasuk pemantauan ketat di peringkat pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Seperti mana yang berlaku sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), PBT akan teruskan kerja-kerja kawalan dan pemantauan di kawasan pentadbiran masing-masing,” katanya ketika dihubungi SelangorKini.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam mengumumkan PKPP akan dikuatkuasakan mulai 10 Jun sehingga 31 Ogos menggantikan PKPB yang tamat pada 9 Jun 2020.

PKP Pemulihan ini membolehkan lebih banyak sektor ekonomi kembali dibuka selain membenarkan orang awam untuk merentas negeri pulang ke kampung termasuk menyambut perayaan Hari Raya Aidiladha.


Pengarang :