Penguat kuasa KPNDHEP Selangor membuat pemeriksaan ke atas sebuah premis gunting rambut di sekitar Sepang dan Kajang semalam. Foto Facebook KPDNHEP Selangor
AGENSISELANGOR

Premis gunting rambut, salon kecantikan patuh SOP – KPDNHEP Selangor

SHAH ALAM, 11 JUN: Rata-rata pemilik premis gunting rambut dan salon kecantikan sekitar Sepang dan Kajang yang memulakan perniagaan semalam patuh tatacara operasi piawaian (SOP) ditetapkan kerajaan.

Menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor pemeriksaan juga mendapati pemilik yang belum bersedia mematahui SOP pula tidak menjalankan operasi sewenangnya.

“Premis menjalankan operasi mematuhi arahan kerajaan dengan mengamalkan penjarakan sosial, membuat imbasan suhu serta merekodkan data pengunjung.

“Pemeriksaan Ops Catut 7.0 dilakukan penguat kuasa Cawangan Sepang sekitar Dengkil, Cyberjaya dan Kota Warisan manakala di Kajang sekitar Bandar Baru Bangi. Tiada tindakan diambil namun ada pemilik premis diberikan notis,”  katanya dalam kenyataan di Facebook.

Sehubungan itu, peniaga dinasihatkan mematuhi undang-undang, peraturan dan perintah dikuatkuasakan KPDNHEP manakala pengguna perlu mengikut prosedur ditetapkan.

Sabtu lalu, Menteri Kanan (kluster keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan kerajaan membenarkan perkhidmatan gunting serta dandanan rambut beroperasi semula 10 Jun dengan SOP ketat manakala operasi pasar terbuka, pasar pagi, pasar malam serta bazaria bermula 15 Jun.


Pengarang :