Anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam Sarjan Indera Fauzi Abdullah (kanan) memberi nasihat kepada pengunjung agar mengamalkan penjarakan fizikal semasa rondaan di sebuah pasar raya di Seksyen 14 Shah Alam pada 25 Mei 2020. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Promosi jualan murah boleh tetapi jangan bersesak – Dr Noor Hisham

SHAH ALAM, 2 JUN: Kementerian Kesihatan (KKM) mengingatkan supaya syarikat perniagaan tidak membuatkan orang ramai bersesak-sesak apabila menjalankan promosi jualan murah secara besar-besaran, kata ketua pengarah kesihatan.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata pihaknya tidak mempunyai sebarang masalah dengan jualan murah dilakukan namun tatacara operasi piawai (SOP) seperti penjarakan sosial perlu diamalkan.

“Boleh promosi tetapi kurangkan kesesakan, kalau boleh (syarikat perniagaan) jalankan aktiviti jualan dengan cara temujanji ataupun dalam talian.

“Elakkan ruang sempit dan sekiranya berlaku kesesakan, majikan perlu kaji semula cara pelaksanaan perniagaan berkenaan,” katanya dalam sidang media di Putrajaya hari ini.


Pengarang :