Keadaan lalu lintas sesak di Tambak Singapura. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Rakyat Malaysia di Singapura tidak perlu mohon MyPass

SHAH ALAM, 30 JUN: Rakyat Malaysia yang berada di Singapura tidak perlu memohon permit MyPass untuk pulang ke negara ini.

Menteri kanan (keselamatan) berkata perkara ini diputuskan Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Sebelum ini mereka memohon permit dari Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura.

“Sepanjang pelaksanaan PKP Bersyarat dan Pemulihan kerajaan menetapkan mereka perlu memohon permit MyPass dengan beberapa syarat tertentu,” kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi kenyataan hari ini.

Sebelum ini mereka perlu mendapatkan permit masuk daripada suruhanjaya itu terlebih dahulu, sekurang-kurangnya dua hari sebelum tarikh berlepas.


Pengarang :