Aliran trafik di Plaza Tol Sungai Besi menghala ke selatan tanah air terkawal ekoran sekatan jalan raya ketika tinjauan pada 21 Mei 2020. Foto BERNAMA
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Rentas negeri: Tidak boleh potong gaji, paksa pekerja kuarantin

SHAH ALAM, 4 JUN: Majikan tidak dibenarkan memotong gaji, cuti tahunan atau mengarahkan kakitangan menjalani kuarantin selama 14 hari selepas melakukan pergerakan rentas negeri.

Menteri kanan (kluster keselamatan) berkata Majlis Keselamatan Negara (MKN) menetapkan kuarantin wajib hanya membabitkan rakyat yang pulang dari luar negara atau pulang ke Sabah dan Sarawak dari Semenanjung.

“Ini hanyalah (arahan) majikan tersebut yang tidak mengikut peraturan disediakan MKN. Salah jika mereka (majikan) memaksa pekerja dikuarantin 14 hari dan dikira cuti tanpa gaji,” kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Beliau berkata pergerakan rentas negeri masih tidak dibenarkan ketika ini kecuali dengan kebenaran polis, namun tidak perlu menjalani kuarantin wajib.

Sebanyak 111 kenderaan diarah berpatah balik semalam atas cubaan rentas negeri tanpa kebenaran dengan negeri tertinggi adalah Kedah (63), diikuti Selangor (25) dan Melaka (14).


Pengarang :