Rodziah Ismail bersama Setiausaha dan Ahli Biro MPKK Kampung Tradisi Negeri Selangor selepas Program Penyerahan Bantuan Kewangan Khas (BKK) di Pejabat Tanah Kuala Langat pada 6 Jun 2020. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

Selangor lulus Undang-undang Kecil Penjaja, larang warga asing berniaga

KUALA LANGAT, 4 JUN: Warga asing tidak lagi dibenarkan berniaga selepas Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri meluluskan Undang-undang Kecil Penjaja semalam.

EXCO Pembangunan Usahawan Rodziah Ismail berkata golongan itu juga dilarang memiliki lesen perniagaan, menjadi peniaga sementara atau diambil bekerja.

“Sekarang tidak akan timbul isu mereka (warga asing) sebagai wakil penjaja atau hanya bekerja. Kita tidak benarkan walaupun (warga asing) suami.

“Pelarasan ini dibuat selepas melihat banyak kelemahan…tiada kenyataan jelas dalam kelayakan mengeluarkan permit,” katanya ketika ditemui selepas menyerahkan bantuan khas kewangan kepada Setiausaha dan AJK Biro Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Kuala Langat hari ini.

Jelas Rodziah, tiga syarat untuk mendapatkan lesen niaga ialah penama warga tempatan, menjalankan perniagaan ganti tidak lebih tiga bulan dan majikan perlu mendaftarkan data peribadi pekerja.

“Bagi menambah baik penguatkuasaan ini, kerajaan akan gunakan sistem biometrik seperti dilakukan Majlis Bandaraya Petaling Jaya untuk mana-mana individu mendaftar mendapatkan lesen,” katanya.


Pengarang :