Selangorkini
Wajah baharu Uptown Shah Alam yang bakal dinaik taraf
BERITA UTAMA EXCO SELANGOR

Selangor pertimbang beri kebenaran buka semula uptown

HULU SELANGOR, 3 JUN: Kerajaan Negeri sedang mempertimbangkan cadangan membenarkan semula operasi perniagaan uptown dan dalam bangunan selepas lebih dua bulan ditutup.

EXCO Pembangunan Usahawan Rodziah Ismail berkata perkara tersebut perlu diteliti untuk menentukan
tatacara operasi piawai (SOP) sesuai sebelum membuat keputusan.

“Perniagaan dalam bangunan lebih mudah untuk amalkan SOP berbanding di kawasan terbuka seperti pasar pagi dan malam.

“Kita terima banyak rungutan tetapi Kerajaan Negeri terikat dengan keputusan Majlis Keselamatan Negera dan arahan menteri,” katanya selepas menyerahkan bantuan khas kewangan RM300 kepada Setiausaha dan AJK Biro Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Hulu Selangor di sini semalam.

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula 18 Mac lalu melarang penjaja daripada berniaga bagi mengawal penularan Covid-19.

Bagaimanapun, pada 12 Mei lalu, Selangor membenarkan peniaga tanpa premis termasuk di tepi jalan dan kendera saji untuk kembali beroperasi dengan mematuhi syarat ketat.


Pengarang :