AGENDANASIONAL

Sub-sektor pelancongan dibenar operasi 1 Julai

SHAH ALAM, 26 JUN: Sub-sektor pelancongan dibenarkan beroperasi semula pada 1 Julai ini bagi menggalakkan industri pelancongan domestik, kata menteri kanan (kluster keselamatan).

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata sub-sektor meliputi mesyuarat, insentif, konvensyen dan pameran (Mice), pelancongan dan pameran perdagangan termasuk rawatan kecantikan dan penjagaan diri serta pusat urut kaki atau refleksologi.

“Aktiviti sub-sektor Mice serta pelancongan dan pameran perdagangan, kita hanya membenarkan 250 orang pada satu-satu masa selain pengunjung perlu memuat turun aplikasi MySejahtera.

“Penganjur perlu memastikan tatacara operasi piawai (SOP) antaranya pendaftaran, pemeriksaan suhu, kawalan keluar masuk pengunjung dan pematuhan penjarakan sosial,” katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Beliau berkata hanya pekerja warga tempatan dibenarkan bagi menjalankan operasi pusat rawatan kecantikan dan penjagaan diri serta urut kaki atau refleksologi.

“Mereka yang akan memulakan operasi mesti mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa tempatan dan perlu menjalani saringan Covid-19,” katanya.


Pengarang :