Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika sidang media harian perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Bangunan Perdana Putra pada 8 Jun 2020. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Syarikat tidak boleh ubah peraturan kerajaan

SHAH ALAM, 9 JUN: Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) tiada kuasa mengubah dasar atau peraturan kerajaan untuk operasi mereka, tegas menteri kanan (kluster keselamatan).

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata sekiranya mahu berbuat demikian, syarikat perlu memohon daripada Majlis Keselamatan Negara sebelum membuat apa-apa pengumuman.

“Apabila kita tetapkan perlu ada penjarakan sosial, mereka tidak boleh sewenang-wenangnya ubah apa kita tetapkan.

“Kita faham masalah mereka. Terdapat pengurangan penumpang dan tingkatkan kos mereka. Jangan buat keputusan sendiri tapi rujuk kerajaan,” katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Ismail Sabri berkata masalah sama itu turut dihadapi syarikat penerbangan yang perlu mengurangkan sehingga 66 peratus penumpang.

Pagi tadi, Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail, Abdul Hadi Amran dalam kenyataan berkata pihaknya menamatkan peraturan penjarakan sosial dalam tren dan stesen bermula esok.


Pengarang :