Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah bercakap semasa sidang media harian berkenaan jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan pada 7 Mei 2020. Foto BERNAMA
AGENDA NASIONAL

Tidak perlu PKP Diperketatkan, Pentadbiran di Kampung Labu Lanjut

SHAH ALAM, 22 JUN: Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Diperketatkan atau PKP Pentadbiran tidak akan dilakukan di Kampung Labu Lanjut, Sepang walaupun merekodkan lima kes positif Covid-19 sejak 20 Jun lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata ia memadai dengan ujian saringan ketika ini kerana tiada kes baharu dilaporkan.

“Kita masih menjalankan siasatan. Tiada kes positif dikesan selain keluarga tersebut, apa yang pasti tidak perlu PKP Diperketatkan, PKP Pentadbiran atau PKP Bersyarat,” katanya ketika sidang media di Putrajaya hari ini.

Kluster Lanjut wujud selepas seorang pesakit disahkan positif Covid-19 ketika dirawat untuk jangkitan pernafasan akut (Acute Respiratory Infection, ARI) di Hospital Serdang pada 5 Jun lalu.

Mangsa lain adalah dua anak dan dua cucu dari keluarga sama sementara penularan disyaki mungkin berkaitan dengan aktiviti kunjung-mengunjung.

Seramai 29 kontak rapat sudah disaring dan 25 individu daripadanya negatif wabak.


Pengarang :