AGENDANASIONAL

TNB tawar skim bayaran ansuran bil elektrik kepada 7.4 juta pengguna

SHAH ALAM, 2 JUN: Tenaga Nasional Berhad (TNB) menawarkan skim bayaran ansuran bulanan bil elektrik kepada 7.4 juta pengguna domestik sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula Mac hingga Mei lalu.

Pengerusinya Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata pelan ansuran mudah diberikan secara automatik dengan tempoh bayaran selama enam bulan sehingga Disember bagi mengurangkan beban pengguna yang terjejas susulan pandemik Covid-19, lapor Sinar Harian.

“Meskipun bayaran ansuran dalam tempoh tiga bulan diberikan, namun pengguna perlu membayar bil semasa dan digalakkan ke Kedai Tenaga atau hubungi talian TNB Careline 1-300-85-5454 untuk memperincikan bil dan cara bayaran ansuran,” katanya.

Jelasnya, kadar penggunaan elektrik sektor kediaman meningkat kepada 30 sehingga 50 peratus susulan rakyat mematuhi arahan sepanjang tempoh PKP untuk berada di rumah.

Mahadzir berkata TNB melakukan penyelarasan bil sepanjang tempoh PKP menggunakan kaedah prorata bagi memastikan pengguna tidak terlebih caj.


Pengarang :