ADN Wanita KEADILAN Selangor dan Majlis Pimpinan Wanita KEADILAN Selangor termasuk 18 Ketua Wanita Cabang di Selangor berikrar terus kekal setia bersama KEADILAN.
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Wanita KEADILAN Selangor teruskan agenda refomasi, pertahan Kerajaan Negeri

SHAH ALAM, 13 JUN: Wanita KEADILAN Selangor akan meneruskan agenda reformasi dan mempertahankan Kerajaan Negeri.

Kenyataan itu dibuat bersama Timbalan Ketua Wanita Selangor, Sangetha Jayakumar, Ahli Dewan Negeri (ADN) Bukit Melawati Juwairiya Zulkifli, ADN Batu Tiga Rodziah Ismail dan ADN Permatang, Rozana Zainal Abidin serta 18 ketua wanita cabang negeri ini.

Katanya, kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada peringkat pusat dan Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari di peringkat negeri mempunyai kepimpinan yang teguh untuk terus memacu KEADILAN.

“Wanita KEADILAN Selangor akan terus teguh serta mengangkat martabat kaum hawa selaras dengan semangat yang sama sejak era reformasi.

“Kami ADN Wanita KEADILAN Selangor dan Majlis Pimpinan Wanita Keadilan Negeri Selangor termasuk 18 ketua wanita cabang di Selangor berikrar untuk terus kekal setia bersama KEADILAN,” kata kenyataan itu.


Pengarang :