Penghuni rumah Ahmad Yusof menerima bantuan ad hoc daripada Pengurus Operasi Yide Md Arifin Jaafar. Foto Facebook Yide
AGENSISELANGOR

Yide sumbang barangan, wang tunai kepada mangsa kebakaran

SHAH ALAM, 23 JUN: Sebuah keluarga yang ditimpa musibah kebakaran di Hulu Langat baru-baru ini menerima sumbangan ad hoc barang keperluan asas dan wang tunai daripada Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide).

Agensi itu dalam kenyataan di Facebook memaklumkan bantuan disalur selepas mendapat maklumat daripada amil kariah di kawasan tersebut.

“Bantuan bertepatan dengan salah satu fokus utama Yide membantu mangsa ditimpa bencana khususnya di Selangor,” katanya yang memaklumkan sumbangan diserahkan Pengurus Operasinya Md Arifin Jaafar.

Sementara itu, penghuni Ahmad Yusof berkata kebakaran berlaku dengan pantas dan memusnahkan ruang hadapan rumah serta bilik utama.

Orang ramai boleh berkongsi maklumat sekiranya berlaku musibah di kawasan masing-masing dengan menghubungi Yide di talian 017-756 9476.

 


Pengarang :