Adun Kajang, Hee Loy Sian menyerahkan bantuan kepada pemandu teksi di perhentian teksi, Bandar Kajang pada 18 Julai 2020. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
ADNBERITA UTAMASELANGOR

100 pemandu teksi terjejas terima bantuan makanan

KAJANG, 18 JULAI: Seramai 100 ahli Persatuan Pemandu Teksi dan Kereta Sewa Hulu Langat yang terjejas akibat Covid-19 menerima bantuan makanan.

Ahli Dewan Negeri Kajang berkata bantuan beras, minyak, gula dan susu itu diharap dapat meringankan beban mereka.

“Wang tunai RM5,000 turut disumbang kepada persatuan supaya aktiviti tertangguh sebelum ini dapat dijalankan. Jumlah keseluruhan bantuan RM10,000.

“Sepanjang PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) pendapatan pemandu ini sangat terjejas malah berlanjutan hingga sekarang. Mereka hanya terima antara RM30 hingga RM35 sehari,” kata Hee Loy Sian selepas menyerahkan bantuan di sini hari ini.

Beliau turut meminta Kerajaan Persekutuan melalui kementerian pengangkutan menyediakan aplikasi bagi menjadikan sistem kerja pemandu teksi lebih sistematik.

“Kita harap aplikasi seperti Grab dapat diluaskan ke pemandu teksi. Ini dapat meningkatkan pendapatan kerana mereka turut bersaing dengan pengangkutan awam,” katanya.


Pengarang :