Dato’ Seri Amirudin Shari menyantuni pesakit jantung dan buah pinggang Mohd Kormib Adnan, 72 dan menyampaikan sumbangan keperluan barangan asas ketika program ziarah kasih beliau di Telok Panglima Garang, Kuala Langat pada 25 Julai 2020. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

1,027 pesakit terima manfaat skim rawatan jantung

SHAH ALAM, 29 JULAI: Seramai 1,027 pesakit jantung menjalani rawatan di bawah Skim Rawatan Jantung Negeri Selangor (SRJNS) dengan pembiayaan RM15.9 juta sejak dua tahun lalu.

Pengurus SelCare Management Sdn Bhd Shafique Danial Johari berkata seramai 518 pesakit menerima rawatan secara percuma pada 2018 membabitkan kos RM9.8 juta.

“Pesakit yang mendapat manfaat skim ini pada 2019 pula seramai 333 orang dengan nilai keseluruhan RM4,395,782.45, manakala untuk tahun ini seramai 176 pesakit direkodkan setakat ini membabitkan kos RM1,741,882.62.

“Bagaimanapun, jumlah untuk tahun ini sedikit menurun berbanding tahun sebelumnya berikutan Perintah Kawalan Pergerakan yang mengehadkan perkhidmatan rawatan kepada pesakit di hospital,” katanya kepada SelangorKini.

SRJNS dilancarkan pada 26 Februari 2018 dengan menawarkan rawatan jantung secara percuma kepada golongan berpendapatan rendah (B40).

Skim yang dibiayai Kerajaan Negeri dan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) memberi khidmat kesihatan bersepadu kepada rakyat memandangkan kos rawatan bagi penyakit ini semakin meningkat.


Pengarang :