Dr Siti Mariah Mahmud menjawab soalan ketika sidang Dewan Negeri Selangor pada 14 Julai 2020. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

5,000 ibu tunggal terima nafkah khas RM200 sebulan sepanjang PKP

SHAH ALAM, 17 JULAI: Seramai 5,000 ibu tunggal yang terkesan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan menerima RM200 sebulan melalui Program Kasih Ibu Smart Selangor Ibu Tunggal (Kiss-IT).

EXCO Kebajikan Dr Siti Mariah Mahmud berkata bantuan nafkah khas bagi mengurangkan beban membeli keperluan asas terutama mereka yang mempunyai anak kecil atau ramai.

“Kerajaan Negeri sentiasa berusaha memastikan kebajikan semua golongan dijaga serta terbuka menerima pandangan semua pihak untuk menambah baik inisiatif sedia ada,” katanya pada sidang Dewan Negeri Selangor semalam.

Pada 9 April lalu, Kerajaan Selangor mengumumkan bantuan nafkah khas kepada ibu tunggal yang terjejas susulan pandemik Covid-19.

Syarat mendapatkan bantuan antaranya pendapatan kurang RM2,500 atau tidak tetap, tinggal di Selangor tidak kurang tiga tahun, bercerai dan memiliki sijil cerai, mempunyai anak berusia 18 tahun ke bawah atau tidak lebih 21 tahun serta belum memfailkan tuntutan nafkah di mahkamah.


Pengarang :