Datuk Dr Noor Hisham Abdullah ketika sidang media harian berkaitan jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan, Putrajaya pada 26 Jun 2020. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

62 pesakit pulih Covid-19, keseluruhan 8,437 – Dr Noor Hisham

SHAH ALAM, 2 JULAI: Seramai 62 pesakit Covid-19 pulih dan dibenarkan keluar hospital hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh 8,437 orang, kata ketua pengarah kesihatan.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata sehingga jam 12 tengah hari tadi terdapat tiga kes baharu dilaporkan dengan kebolehjangkitan kurang daripada 100 kes iaitu 85 dan mereka diasingkan serta diberi rawatan.

“Tiga kes itu adalah satu kes import melibatkan rakyat tempatan mendapat jangkitan di luar negara manakala dua lagi adalah bukan warganegara melalui penularan daripada kluster Bukit Bintang dan lokap di Kota Kinabalu, Sabah. Bagaimanapun, tiada kes penularan tempatan hari ini,” katanya dalam kenyataan.

Kementerian Kesihatan (KKM) turut memaklumkan sehingga kini terdapat dua kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan memerlukan bantuan pernafasan serta tiada kematian dicatatkan.


Pengarang :