AGENDANASIONAL

65 peratus isi rumah terima manfaat moratorium – PM

SHAH ALAM, 20 JULAI: Sebanyak 65 peratus isi rumah di negara ini menerima manfaat moratorium bayaran balik pinjaman institusi kewangan di bawah Pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) sejak 1 April lalu.

“Sebanyak 65 peratus isi rumah menerima manfaat moratorium bayaran balik pinjaman bank dengan nilai keseluruhan RM38.4 bilion,” kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi perutusan khas perkembangan terkini Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Muhyiddin turut memaklumkan banyak bantuan daripada kerajaan sudah disalurkan kepada rakyat di yang terjejas susulan Covid-19.

“Bantuan ini adalah bersifat sementara untuk membantu rakyat menjalani kehidupan dalam keadaan yang sukar.

“Yang lebih penting bagaimana kita semua dapat keluar daripada krisis dan memulihkan keadaan kesihatan rakyat serta ekonomi negara dengan kadar segera,” katanya.


Pengarang :