PANTAS MPKj melakukan kerja-kerja menyelamat mangsa banjir bersama Jabatan Bomba serta Unit Road Gang Jabatan Kejuruteraan MPKj di Taman Sri Jambu dan Taman Muhibbah. Foto Facebook Majlis Perbandaran Kajang
BERITA UTAMAPBTSELANGOR

80 mangsa banjir kilat di Hulu Langat dipindahkan

SHAH ALAM, 19 JULAI: Seramai 80 mangsa banjir kilat di Hulu Langat di pindahkan ke pusat pemindahan sementara Sekolah Kebangsaan Sungai Serai setakat jam 4 pagi tadi.

Pegawai perhubungan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) berkata mangsa terdiri daripada 41 lelaki dan 39 perempuan termasuk empat warga emas.

“Jumlah mangsa 80 orang mengikut pecahan ialah lelaki dewasa (24), perempuan dewasa (22), kanak-kanak lelaki (15), kanak-kanak perempuan (14), warga emas lelaki (2) dan dua warga emas perempuan.

“Kita sedang usaha menyelamatkan mangsa. Perkembangan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” kata Kamarul Izlan Sulaiman ketika dihubungi pagi ini.

Unit Pengurusan Bencana Negeri Selangor semalam melaporkan 22 lokasi di Hulu Langat dilanda banjir kilat membabitkan Kampung Sungai Pening, Semenyih; Kampung Bukit Dukong; Kampung Sungai Sekamat; Kampung Batu 13; Kampung Sungai Balak dan Kampung Sri Jambu.

Turut terjejas Kampung Sungai Jernih; Batu 10, Cheras; Sungai Raya, Batu 9; Kampung Bangi; Taman Muhibah; Kampung Sungai Kantan; Kampung Batu 14; Kampung Sungai Ramal; Jalan Reko; Kawasan Medan Stay Kajang; Taman Taming Jaya; SMK SAAS, Kajang; Sri Bangi, Seksyen 8; Teras Jernang; Kampung Sungai Serai dan SRA Sungai Serai.


Pengarang :