SELANGOR

ADN Morib diumum Timbalan Speaker DNS

SHAH ALAM, 13 JULAI: Ahli Dewan Negeri (ADN) Morib, Hasnul Baharuddin diumumkan sebagai Timbalan Speaker Dewan Negeri Selangor (DNS) bagi menggantikan ADN Sementa, Dr Daroyah Alwi.

Pelantikan Hasnul diumumkan Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari ketika Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga DNS, hari ini.

Majlis angkat sumpah diadakan pada persidangan DNS di hadapan Speaker, Ng Suee Lim.

Persidangan DNS dijadual berlangsung bermula hari ini sehingga 24 Julai.

ADUN Morib, Hasnul Baharuddin mengangkat sumpah Timbalan Speaker Dewan Negeri Selangor ketika Persidangan Dewan Negeri Selangor pada 13 Julai 2020. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

Pengarang :