Dato’ Seri Amirudin Shari menyampaikan ucapan ketika Konvensyen Penerangan KEADILAN berlangsung di Hotel De Palma, Ampang pada 26 Julai 2020. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Amirudin: Dasar PN mirip BN, abai semangat reformasi

AMPANG, 26 JULAI: Dasar Kerajaan Perikatan Nasional (PN) semakin mirip pentadbiran Barisan Nasional (BN) apabila mereka mula menekan media dan parti pembangkang, kata Dato’ Seri Amirudin Shari.

Beliau yang juga pengerusi Majlis Pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor berkata amalan itu bukan ciri-ciri reformasi, bahkan PN dilihat cuba memberikan nyawa semula kepada Umno dan BN untuk kembali berkuasa.

“Indeks kebebasan media melonjak dalam tempoh 22 bulan negara ditadbir Pakatan Harapan (PAKATAN) tetapi kini merosot semula.

“Masa mula-mula mentadbir, PN kata kerajaan hari ini merupakan kerajaan untuk rakyat tetapi sebaliknya berlaku apabila peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang turut ditarik,” katanya pada Konvensyen Penerangan KEADILAN di Hotel De Palma hari ini.

Dato’ Menteri Besar juga tidak menolak kemungkinan PN berdepan masalah untuk menentukan logo parti yang bakal digunakan calon mereka pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

“Lama-kelamaan PN akan jadi khadam Umno dan BN, nanti apabila PRU15 calon PN guna logo serta bendera Umno dan BN, kita tengoklah nanti,” katanya.


Pengarang :