Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari bersama sukarelawan Team Selangor program edaran Beg Makanan TS Cares Siri-3 di Dewan MPBJ Seksyen 2, Kota Damansara pada 4 Julai 2020. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
BERITA UTAMAPILIHAN MINGGUAN

Bank Makanan Selangor diteruskan, bantu rakyat terjejas Covid-19

PETALING JAYA, 4 JULAI: Kerajaan Negeri akan meneruskan program Bank Makanan Selangor bagi membantu rakyat yang terjejas akibat penularan Covid-19.

Dato’ Menteri Besar berkata ia dirancang sejak tahun lalu namun terhenti seketika susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kini digerakkan kembali secara lebih menyeluruh di seluruh negeri.

“Saya anggap program ini sebagai salah satu modus operandi Kerajaan Negeri untuk membantu rakyat yang terbeban berikutan wabak tersebut dan kita sedia bekerjasama dengan semua pihak supaya program ini memanfaatkan golongan memerlukan,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari selepas Program Team Selangor (TS) Cares di Dewan Majlis Bandaraya Petaling Jaya di sini hari ini.

Hadir sama Ahli Dewan Negeri Kota Damansara, Shatiri Mansor dan Pegawai Penyelaras TS, Ahmad Bakrin Sofawi Abu Bakar.

Pada 1 November lalu, Amirudin mengumumkan 2,000 keluarga miskin bandar di Selangor bakal menerima manfaat dalam Bank Makanan Selangor dilancarkan dengan dana permulaan RM5 juta.

Usaha kerajaan Negeri itu akan dilaksanakan di kawasan projek perumahan rakyat (PPR) serta dikhususkan kepada keluarga dalam golongan miskin bandar.


Pengarang :