Guru bertugas menyukat suhu badan murid Tabika Kemas Kampung Bukit Kuda, Labuan sebelum masuk ke kelas ketika tinjauan pada hari pertama pembukaan sesi persekolahan pada 1 Julai 2020. Foto BERNAMA
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Banyak sektor dibuka semula, Agong seru patuh garis panduan

KUALA LUMPUR, 1 JULAI: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyeru rakyat supaya mematuhi garis panduan ditetapkan Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan Malaysia susulan pembukaan semula lebih banyak sektor hari ini.

Menerusi hantaran dalam akaun Facebook Istana Negara, Al-Sultan Abdullah juga menyeru rakyat agar berdisiplin dengan amalan kebiasaan baharu dan kawalan kendiri bagi mengekang penularan wabak Covid-19.

“Seruan baginda berikutan pembukaan lebih banyak sektor sosial dan prasekolah, tabika serta tadika kerajaan dan swasta yang dibenarkan beroperasi bermula hari ini,” demikian menurut hantaran itu.

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang memasuki hari ke-106 dan hari ke-22 Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) hari ini menyaksikan lebih banyak sektor ekonomi termasuk subsektor pelancongan dibenarkan beroperasi.

-BERNAMA


Pengarang :