EXCO Kerajaan Negeri Selangor, Rodziah Ismail menjawab soalan ketika sidang Dewan Negeri Selangor pada 15 Julai 2020. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
EXCOSELANGOR

Bazar Darul Ehsan jadi pusat kumpul, edar produk tempatan

SHAH ALAM, 16 JULAI: Bazar Darul Ehsan di Kanchong Darat, Banting bakal dijadikan pusat pengumpulan dan pengedaran produk tempatan serta barangan dalam talian, kata EXCO pembangunan usahawan.

Rodziah Ismail berkata langkah tersebut diharap mengembalikan fungsi bangunan tersebut selain membantu usahawan mempromosi produk kepada orang ramai dengan lebih meluas.

“Bangunan disiapkan pada 2013 asalnya dijadikan pusat pengumpulan industri kecil dan sederhana (IKS) daerah Kuala Langat, namun tidak berjalan seperti dirancang.

“Beberapa cadangan dikemukakan untuk pembangunan semula antaranya menukar fungsi menjadi pusat pelancongan atau pusat latihan wanita berdaya, namun tidak dapat dimuktamadkan,” katanya menjawab soalan Ahli Dewan Negeri Morib, Hasnul Baharuddin berhubung tindakan Kerajaan Negeri untuk menyelesaikan isu Bazar Darul Ehsan pada Sidang Dewan Negeri Selangor hari ini.

Rodziah berkata Jawatankuasa Tetap Pembangunan Usahawan telah mengadakan perbincangan bersama Rantaian e-Bekalan Digital Selangor (Seldec) untuk memperincikan pelaksanaan program tersebut.


Pengarang :