Petugas melakukan kerja penggantian dan penambah baikan aset-aset kritikal di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 3 (LRA SSP3).
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Bekalan air dijangka pulih sepenuhnya petang esok

SHAH ALAM, 16 JULAI: Pengurusan Air Selangor (Air Selangor) menjangka bekalan air di kawasan terjejas pulih sepenuhnya jam 5 petang esok.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Suhaimi Kamaralzaman berkata sebanyak 227 kawasan menerima bekalan air setakat jam 1 tengah hari tadi manakala 63 lagi dalam proses pemulihan.

“Tiga kawasan iaitu Kuala Langat, Gombak dan Kuala Lumpur pulih 100 peratus, Petaling sebanyak 89 peratus manakala Klang dan Shah Alam masing-masing 65 peratus.

“Secara keseluruhan, 78 peratus daripada kawasan yang terlibat dengan gangguan bekalan air berjadual pulih sepenuhnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Suhaimi turut memohon kerjasama pelanggan yang menerima bekalan menggunakan air secara berhemat bagi memastikan proses pemulihan di kawasan terjejas berjalan lancar.

Gangguan bekalan air berjadual di beberapa kawasan disebabkan henti tugas sementara Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 3 pada 14 Julai lalu.


Pengarang :