AGENSISELANGOR

Capai 38 peratus, kerja pembaikan dijangka siap petang esok

SHAH ALAM, 21 JULAI: Kerja pembaikan paip pecah di kawasan tanah mendap di simpang jalan antara Jalan Johan Setia dan Jalan Langat, Klang sudah mencapai tahap 38 peratus sehingga jam 3 petang tadi.

Ketua komunikasi korporat Pengurusan Air Selangor (Air Selangor) berkata bantuan bekalan air kecemasan melalui lori tangki ke kawasan terlibat di wilayah Klang dan Kuala Langat telah digerakkan bagi membantu pengguna.

“Kita menjangkakan kerja pembaikan akan siap pada jam 6 petang esok dan bekalan air akan disalurkan kepada pengguna selepas itu.

“Manakala penyaluran air diyakini pulih sepenuhnya di kawasan terlibat pada jam 6 pagi Khamis,” kata Elina Baseri dalam kenyataan.

Beliau berkata pengguna boleh menghubungi talian 15300 dan whatsapp 019-2800919 atau 019-2816793 untuk memohon bantuan bekalan air kecemasan ini.

Semalam dilaporkan, beberapa kawasan di Klang dan Kuala Langat mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual akibat paip pecah di lokasi tanah mendap di tapak kerja Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) GS10.


Pengarang :