Selangorkini
Imej komputer yang dihasilkan oleh Nexu Science Communication bersama Kolej Trinity College di Dublin menunjukkan struktur model betakoronavirus, yang dikaitkan dengan Covid-19, dikongsi bersama REUTERS pada 18 Februari 2020.
AGENDA NASIONAL

Covid-19: 13 kes baharu, satu kematian

SHAH ALAM, 26 JULAI: Sebanyak 13 kes baharu Covid-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah kes 8,897 semuanya, kata ketua pengarah kesihatan.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata tiga daripada kes baharu yang dilaporkan mendapat jangkitan di luar negara dan baki penularan tempatan.

“Kes import merupakan seorang warganegara dan dua warga asing yang dibenarkan masuk ke negara ini masing-masing satu dari Pakistan, Kazakhstan dan Indonesia.

“Satu daripada 10 kes penularan dalam negara melibatkan warga asing di Johor manakala sembilan lagi warga tempatan yang berlaku di Johor (enam) dan masing-masing satu di Pahang, Sabah dan Sarawak,” katanya dalam kenyataan.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata dua kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan satu memerlukan bantuan pernafasan setakat ini.

Beliau turut memaklumkan pertambahan satu lagi kes kematian membabitkan perempuan warganegara berumur 63 tahun menjadikan angka korban akibat wabak itu 124 kes.


Pengarang :