Selangorkini
Kakitangan kesihatan menyukat suhu penonton sebelum menyaksikan perlawanan bola sepak antara Viettel dan Duoc Nam Ha Nam Dinh di wilayah Nam Dinh, Vietnam 5 Jun 2020. Foto REUTERS
AGENDA GLOBAL

Covid-19: Angka korban global lebih 545,000

PARIS, 9 JULAI: Sekurang-kurangnya 545,414 penduduk dunia menjadi mangsa korban pandemik Covid-19 sejak virus itu mula dikesan di China, Disember lalu.

Berdasarkan data dikumpul daripada pihak berkuasa negara dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), sekurang-kurangnya 11,906,470 kes positif direkodkan di 196 negara dan wilayah dengan sekurang-kurangnya 6,295,700 disahkan sembuh, lapor AFP.

Dalam tempoh 24 jam, 5,523 kematian direkodkan dan 200,181 kes baharu jangkitan.

Brazil merekodkan 1,254 kematian dalam tempoh 24 jam, diikuti Amerika Syarikat (AS) (1,044) dan Mexico (895).

Sehingga kini, AS yang kekal menjadi negara paling teruk di landa wabak itu merekodkan 131,857 kematian daripada 3,022,899 kes.

Brazil pula mencatatkan 66,741 kematian daripada 1,668,589 kes; United Kingdom (UK) (44,517 kematian daripada 286,979 kes), Itali (34,914 kematian daripada 242,149 kes) dan Mexico (32,014 kematian daripada 268,008 kes).

Belgium menjadi negara paling tinggi merekodkan jumlah kematian berbanding 100,000 penduduknya dengan 84 kematian, diikuti UK (66), Sepanyol (61), Itali 58) dan Sweden (54).

China tidak termasuk Hong Kong dan Macau melaporkan 83,572 kes termasuk 4,634 kematian.


Pengarang :