Petugas kesihatan meletakkan sampel calitan di dalam tiub selepas membuat ujian saringan Covid-19 di Gombak pada 22 April 2020. Foto AFP
AGENDANASIONAL

Covid-19: Kadar sembuh 97.9 peratus, Malaysia antara tertinggi

SHAH ALAM, 10 JUN: Malaysia berada dalam senarai 53 negara yang mencatatkan kadar kesembuhan melebihi 90 peratus, maklum Kementerian Kesihatan (KKM).

Ketika ini, Malaysia berada pada kedudukan ke-15 dengan peratusan pesakit pulih sebanyak 8,499 kes atau 97.9 peratus daripada keseluruhan kes.

“Kadar kesembuhan dunia meningkat kepada 56.52 peratus dan Malaysia berada pada kedudukan ke-15 daripada 53 negara yang mempunyai kadar kesembuhan melebihi 90 peratus,” tulis KKM di Facebook hari ini.

Semalam, tiada kes jangkitan dalam kalangan rakyat tempatan dilaporkan. Rekod sama pernah dicatatkan pada 1 Julai lalu.

Setakat ini, Malaysia merekodkan 8,683 kes dengan 63 daripadanya aktif manakala jumlah kematian kekal 121 kes.


Pengarang :