Datuk Dr Noor Hisham Abdullah pada sidang media harian berkaitan jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan, Putrajaya pada 24 Jun 2020. Foto BERNAMA
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Covid-19: Kali pertama sifar kes penularan tempatan

SHAH ALAM, 1 JULAI: Tiada sebarang kes baharu Covid-19 dicatatkan dalam negara hari ini membabitkan penularan tempatan, kata ketua pengarah kesihatan.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata hanya terdapat satu kes import iaitu angka harian terendah direkodkan buat pertama kali sepanjang tempoh gelombang kedua pandemik itu di Malaysia.

Beliau berkata, ia sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kini mencecah 8,640 kes.

“Lebih penting lagi, tiada kes dilaporkan mendapat jangkitan dari dalam negara (iaitu penularan tempatan), sama ada warganegara atau bukan,” katanya pada sidang media Covid-19 di Putrajaya hari ini.

Kementerian Kesihatan Malaysia merekodkan 21 kes pulih sekali gus menjadikannya 8,375 orang manakala tiada pertambahan kematian dengan jumlah kekal 121 kes.


Pengarang :