Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. Foto SUMBER KKM
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Covid-19: Lima kes baharu libat tiga jangkitan luar negara

SHAH ALAM, 5 JULAI: Jumlah kes baharu positif Covid-19 hari ini turun kepada lima berbanding 10 semalam membabitkan tiga kes import yang mendapat jangkitan luar negara.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata dua daripada tiga kes import itu membabitkan rakyat Malaysia dan satu bukan warganegara pemustautin tetap.

“Baki dua kes pula adalah penularan di dalam negara membabitkan warga tempatan iaitu kes saringan pra pembedahan di Hospital Queen Elizabeth, Sabah dan sebuah pusat perubatan di Seremban, Negeri Sembilan.

“Manakala tidak berlaku penularan tempatan dalam kalangan bukan warganegara,” kata ketua pengarah kesihatan dalam kenyataan hari ini.

Sebanyak empat pesakit sembuh menjadikan jumlah yang pulih 8,465 kes atau 97.7 peratus daripada jumlah keseluruhan sehingga jam 12 tengah hari tadi.

Dr Noor Hisham berkata dua kes sedang dirawat di unit rawatan rapi dan memerlukan bantuan pernafasan manakala jumlah kematian kekal 121 orang.

Keseluruhannya, Malaysia mencatatkan 8,663 kes dengan 77 kes aktif kebolehjangkitan.


Pengarang :