Pejalan kaki berjalan sambil memakai topeng pelindung muka bagi mencegah virus Covid-19 di Tehran, Iran pada 10 Mac 2020. Foto AFP
AGENDAGLOBAL

Covid-19 ragut 531,789 nyawa seluruh dunia

SHAH ALAM, 6 JUN: Pandemik Covid-19 meragut 531,789 nyawa di seluruh dunia sehingga semalam, sejak virus itu mula dikesan di China Disember tahun lalu.

Sebanyak 11.36 juta kes positif direkodkan di 196 negara dengan 5.9 juta pesakit pulih manakala angka jangkitan di seluruh dunia meningkat kepada 160,000 kes dalam tempoh 24 jam, lapor AFP.

Amerika Syarikat (AS) kekal sebagai negara paling teruk terjejas dengan merekodkan 129,718 kematian daripada 2.87 juta kes.

Brazil yang berada di belakang AS mencatatkan 64,265 kematian daripada 1.57 juta kes.

Rusia dan India pula melepasi angka jangkitan setengah juta, masing-masing merekodkan 680,000 dan 673,000 kes.

Sebelas negara merekodkan kes positif melebihi 200,000 iaitu Peru, Chile, United Kingdom, Mexico, Sepanyol, Itali, Iran, Pakistan, Arab Saudi, Turki dan Perancis.

Negara yang mencatatkan angka positif melebihi 100,000 kes pula ialah Jerman, Afrika Selatan, Bangladesh, Colombia dan Kanada.

Bagi rantau Asia Tenggara, Indonesia tertinggi dengan jumlah kes Covid-19 lebih 62,000 kes, diikuti Singapura 44,000 kes.


Pengarang :