Petugas kesihatan meletakkan sampel calitan di dalam tiub selepas membuat ujian saringan Covid-19 di Gombak pada 22 April 2020. Foto AFP
AGENSISELANGOR

Covid-19: Satu kes di Selangor babit jangkitan import

SHAH ALAM, 18 JULAI: Selangor mencatat hanya satu kes Covid-19 hari ini berbanding empat direkodkan semalam.

“Kes baharu ini merupakan kes import iaitu pengembara yang pulang dari Indonesia,” maklum Bilik Gerakan Negeri Selangor (BGNS).

Perkembangan itu menjadikan jumlah terkumpul kes di negeri ini sebanyak 2,099 daripada keseluruhan 8,764 kes di seluruh negara.

Bilangan kes sembuh dan dibenarkan keluar hospital pula meningkat kepada 1,888 manakala angka korban akibat pandemik itu kekal 24 orang.

Sepang menjadi satu-satunya daerah di negeri ini yang masih berstatus zon kuning susulan terdapat 12 kes aktif.


Pengarang :