Petugas Dewan Negeri Selangor dan media melakukan saringan Covid-19 di Dewan Negeri Selangor, Shah Alam pada 7 Julai 2020. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Covid-19: Tujuh kes baharu, seorang pulih

SHAH ALAM, 13 JULAI: Tujuh kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 8,725, kata ketua pengarah kesihatan.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan kini 83.

“Hanya satu kes pulih dilaporkan setakat jam 12 tengah tadi. Jumlah pesakit sembuh di negara ini semuanya 8,520 atau 97.6 peratus,” katanya dalam kenyataan di Facebook hari ini.

Menurut beliau empat pesakit sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan tiga daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Dr Noor Hisham turut memaklumkan, tiada pertambahan kes kematian dicatatkan hari ini dan jumlah kekal 122.


Pengarang :