Kakitangan kesihatan menyukat suhu penonton sebelum menyaksikan perlawanan bola sepak antara Viettel dan Duoc Nam Ha Nam Dinh di wilayah Nam Dinh, Vietnam 5 Jun 2020. Foto REUTERS
AGENDAGLOBAL

Covid-19: Vietnam bebas wabak 82 hari berturut-turut

HANOI, 7 JULAI: Vietnam berjaya mengekalkan sifar kes Covid-19 dalam kalangan komuniti selama 82 hari berturut-turut, menurut Jawatankuasa Pemandu Kebangsaan untuk Pencegahan dan Pengawalannya.

Setakat ini, Vietnam merekodkan 369 kes jangkitan termasuk 229 kes import yang dikuarantin semasa tiba di negara ini, lapor agensi berita Vietnam (VNA).

Daripada jumlah itu 341 pesakit atau 92.4 peratus sudah sembuh dan tiada kematian dilaporkan.

Seramai 13,047 kontak pesakit atau mereka yang pulang dari kawasan dilanda wabak masih dikuarantin sama ada di hospital, pusat khas atau di rumah.

-BERNAMA


Pengarang :