雪州行政议员拿督邓章钦。
BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

Dua kilang kertas di Banting, Selangor peroleh RM4.8 bilion

SHAH ALAM, 14 JULAI: Selangor meraih pelaburan RM4.8 bilion apabila dua kilang pembuatan kertas akan dibina di Banting, kata EXCO pelaburan.

Dato’ Teng Chang Khim berkata pembinaan kilang dengan keluasan 32 dan 53 hektar itu juga bakal menawarkan peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan.

“Pada masa sama, kesemua bahan buangan yang dibawa ke kilang ini akan mematuhi peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005.

“Syarikat-syarikat ini juga mematuhi ketetapan Jabatan Alam Sekitar,” katanya ketika sesi penggulungan di Sidang Dewan Negeri Selangor, di sini, hari ini.

Pada 4 Disember tahun lalu, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata Selangor mencatat hasil pelaburan RM16.4 bilion dalam sektor pembuatan dari Januari hingga September dan ia melepasi sasaran RM10 bilion sekali gus menjadikan Selangor penyumbang tertinggi negara pada suku ketiga tahun lalu.


Pengarang :