Taman Eko Rimba Kanching, Rawang. Foto Tourism Selangor
AGENSISELANGOR

Dua taman eko rimba paling popular pada hujung minggu

SHAH ALAM, 12 JULAI: Dua taman eko rimba merupakan destinasi paling kerap dikunjungi selepas kawasan tersebut dibuka semula pada 6 Julai lalu, maklum Tourism Selangor.

Jabatan Komunikasi Korporatnya berkata Taman Eko Rimba Kanching, Rawang dan Taman Eko Rimba Chongkak Park Resort, Hulu Langat menjadi pilihan terutama hujung minggu.

“Disebabkan lebih tiga bulan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kini tiba masa orang ramai meluangkan masa bersama keluarga dengan beriadah di situ untuk menghirup udara segar dan menikmati keindahan alam semula jadi,” katanya ketika dihubungi.

Bagaimanapun, agensi itu berkata jumlah pengunjung dihadkan kepada 300 orang dalam satu-satu masa dan perlu mengikut tatacara operasi piawai (SOP) ketat.

Kerajaan membenarkan pembukaan semula taman tema dan taman tema air pada 1 Julai lalu dalam tempoh PKP Pemulihan.


Pengarang :