BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

EXCO: 30,957 daftar Selangor Xtiv Virtual, sambutan hebat

SHAH ALAM, 5 JULAI: Program Selangor Xtiv Virtual 2020 terus mendapat sambutan apabila seramai 30,957 mendaftar bagi tempoh sepanjang Jun lalu.

EXCO Pembangunan Generasi Muda dan Sukan berkata penyertaan peserta dari luar negara adalah satu pencapaian terbaik dan berharap lebih ramai sertai pada masa akan datang.

“Sejak mula dilancarkan pada 4 Mei lalu sambutan diterima amat menggalakkan dan kita masih mengalu-alukan golongan belia sama ada dari dalam atau luar negara untuk menyertai program bermanfaat ini,” kata Mohd Khairuddin Othman kepada SelangorKini.

Program julung kali diadakan itu membabitkan Selangor Xtiv Virtual e-Sport, Selangor Virtual Run dan Selangor Martial Art Xtiv dengan hadiah keseluruhan RM431,000.

Berlangsung sebanyak lapan fasa pertandingan itu berakhir pada 31 Disember 2020 bagi menggalakkan masyarakat terutama belia bergiat aktif.


Pengarang :