EXCOSELANGOR

EXCO kesihatan: Kes malaria di Ampang berjaya dikawal

SHAH ALAM, 10 JULAI: Kes malaria yang dikesan di Ampang pada Mei berjaya dikawal apabila tiada kes baharu dilaporkan setakat ini, kata EXCO kesihatan.

Dr Siti Mariah Mahmud berkata tindakan pantas Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Hulu Langat menjalankan ujian darah ke atas 3,017 individu di kawasan terlibat berjaya mengekang penularan wabak.

“Orang ramai tidak perlu bimbang kerana agensi kesihatan sudah mengambil langkah pengawalan antaranya memastikan tiada takungan air di tapak pembinaan.

“Aktiviti kawalan malaria juga diperluas ke kawasan perumahan berdekatan antaranya mengurangkan risiko jangkitan dengan mengelakkan aktiviti di luar rumah pada waktu malam,” katanya kepada SelangorKini hari ini.

Sebelum ini 14 kes malaria membabitkan 13 warga asing dan seorang rakyat tempatan di kesan Ampang.

Wabak itu berpunca daripada seorang pekerja Indonesia di tapak binaan Lebuhraya Sungai Besi-Klang yang mendapat jangkitan dari negara asalnya.

Susulan itu pada 26 Jun Kementerian Kesihatan Malaysia mengumumkan semua pesakit malaria sudah sembuh dengan kes pertama diterima pada 20 Mei manakala pesakit terakhir dilaporkan pada 12 Jun.


Pengarang :