Kod Amalan Industri bagi Kualiti Udara Dalaman menetapkan garis panduan dan piawaian untuk melindungi kesihatan pekerja dari persekitaran dalaman atau tertutup yang menggunakan pendingin hawa.
BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

EXCO saran gaji minimum sentiasa disemak

SHAH ALAM, 14 JULAI: Kerajaan Negeri menyarankan kadar gaji minimum sentiasa disemak bagi memastikan paras kemiskinan dapat diturunkan.

EXCO pembangunan sosio ekonomi menegaskan kadar baharu itu munasabah serta menunjukkan realiti gaji dan keadaan sebenar rakyat.

“Sebab itu PGK di Selangor berbeza dan lebih tinggi iaitu RM1,500 berbanding jumlah diguna pakai Kerajaan Persekutuan,” kata V Ganabatirau kepada Selangorkini.

Beliau juga mengalu-alukan kajian menyeluruh selepas Jabatan Perangkaan meningkatkan had Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) dari RM980 kepada RM2,208.

Jumaat lalu, Malaysia menyemak semula PGK yang diguna pakai sejak 2005, sekali gus menjadikan jumlah isi rumah yang tergolong dalam kategori miskin bertambah kepada 405,441 berbanding 16,653 sebelum ini.

Dalam perkembangan lain, Ganabatirau berkata Kerajaan Negeri sentiasa memastikan kebajikan golongan miskin dipelihara.

“Kita hulurkan pelbagai bantuan bagi mengatasi masalah kemiskinan rakyat negeri ini antaranya skim pemberian air percuma serta bantuan kewangan pelajar ke universiti,” katanya.


Pengarang :