EXCO Kerajaan Negeri, Hee Loy Sian menjawab soalan ketika Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Ke-Empat Belas pada 16 Julai 2020. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDANASIONALSELANGOR

FRIM jadi tapak warisan dunia, dokumen pencalonan dihantar 2022

SHAH ALAM, 16 JULAI: Proses mewartakan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) sebagai tapak warisan dunia masih di peringkat pencalonan, kata EXCO alam sekitar.

Hee Loy Sian berkata Jabatan Warisan Negara sudah menghantar dokumen ‘Tentative List’ kepada UNESCO (Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-bangsa Bersatu) pada 31 Januari 2017.

“FRIM kini dalam proses menyediakan ‘dossier’ lengkap pencalonan dan kita jangka akan dihantar kepada UNSECO menjelang 2022,” katanya menjawab soalan lisan Ahli Dewan Negeri (ADN) Bukit Lanjan, Elizabeth Wong pada sidang Dewan Negeri Selangor di sini hari ini.

FRIM terletak di kawasan seluas 545 hektar bersebelahan dengan Hutan Simpan Bukit Lagong di Kepong, kira-kira 16 kilometer di barat laut dari Kuala Lumpur.

Ia diwartakan sebagai Tapak Warisan Semula Jadi Negara pada 10 Februari 2009 di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005 dan diisytiharkan sebagai warisan kebangsaan.

Kini, FRIM sedang menuju ke arah pengiktirafan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.


Pengarang :