Semua 12 PBT menyediakan perkhidmatan melalui laman sesawang dan aplikasi digital sepanjang tempoh PKP mulai 1 Jun. Foto ARKIB SELANGORKINI
SELANGOR

Inisiatif Data Internet Selangor manfaat 40,000 penduduk

SHAH ALAM, 13 JULAI: Inisiatif Data Internet Selangor diperkenalkan dengan peruntukan RM18 juta bagi mencapai sasaran negeri pintar pada 2025.

Dato’ Menteri Besar berkata inisiatif yang memfokuskan beberapa matlamat memberi manfaat kepada hampir 40,000 penerima di negeri ini.

“Ini merupakan kerjasama antara Kerajaan Negeri dan syarikat telekomunikasi untuk menyokong inisiatif digitalisasi bagi mencapai sasaran Negeri Pintar,” kata Dato’ Seri Amirudian Shari ketika membentangkan pakej rangsangan ekonomi fasa ketiga di Dewan Negeri Selangor hari ini.

Sasaran matlamat inisiatif ini:

– Penjimatan kewangan untuk penggunaan data internet.

– Memudahcara inisiatif digitalisasi dengan menawarkan kemudahan internet tanpa had kepada masyarakat.

– Bantuan sokongan untuk mempertingkatkan kemudahan capaian rakyat kepada perkhidmatan dalam talian yang disediakan terutama kepada golongan yang memerlukan seperti kumpulan B40, pelajar luar bandar, guru-guru di sekolah luar bandar serta usahawan wanita.

Pelan pemulihan itu menekankan tiga tonggak utama iaitu jaminan bekalan makanan, kemampanan ekonomi dan pembangunan keupayaan bagi menangani dampak Covid-19.

Jumlah keseluruhan nilai ekonomi bagi pakej tersebut ialah RM55.85 bilion.


Pengarang :