Sekumpulan kanak-kanak melihat aktiviti penyembelihan lembu korban berlangsung di Masjid An-Nur Wira Damai, Batu Caves pada 31 Julai 2020. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Jais pantau ibadah korban, mahu SOP dipatuhi

SHAH ALAM, 31 JULAI: Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mengarahkan pegawai setiap daerah negeri ini memantau ibadah korban bagi memastikan tatacara operasi piawai (SOP) dipatuhi, kata pengarahnya.

Mohd Shahzihan Ahmad berkata pemantauan dilakukan bersama agensi penguat kuasa yang lain bagi mencegah penularan wabak Covid-19.

“Setakat hari ini Jais tidak ada menerima laporan (pelanggaran SOP) dan mendapati semua patuh. Kita masih menanti perkembangan dari daerah-daerah.

“Pantauan akan diteruskan esok. Jais harap umat Islam patuh ketetapan bagi mengelakkan berlakunya penularan wabak Covid-19,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Pada 27 Julai lalu, kerajaan menetapkan jumlah haiwan sembelihan untuk ibadah korban tahun ini tidak boleh melebihi 10 ekor, bergantung kepada keluasan lokasi tapak penyembelihan.

Kehadiran sewaktu ibadah korban mengikut nisbah 20 orang untuk setiap haiwan dan jamuan di rumah pula terhad kepada 20 orang pada satu-satu masa.


Pengarang :