PBTSELANGOR

Kaunter perkhidmatan, EZ-Pay MBPJ dibuka Julai hingga Ogos

SHAH ALAM, 2 JULAI: Lapan kaunter perkhidmatan dan EZ-Pay Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) mula beroperasi sepanjang bulan ini hingga Ogos.

Sekretariat media Unit Komunikasi Korporatnya memaklumkan kaunter perkhidmatan akan dibuka Isnin hingga Jumaat mulai 7.30 pagi hingga 5.30 petang termasuk waktu rehat kecuali Jumaat yang akan ditutup sementara pada 12.15 tengah hari hingga 2.45 petang.

“Manakala, bagi kaunter bergerak EZ-Pay dibuka setiap Sabtu dan Ahad bermula 4 Julai hingga 30 Ogos mulai 10 pagi hingga 3 petang bagi memudahkan orang awam membuat pembayaran cukai atau kompaun pada hujung minggu,” katanya.

Lokasi kaunter perkhidmatan di:
– Kaunter Ibu Pejabat MBPJ
– Kaunter Menara
– Kaunter Pejabat Cawangan Petaling Jaya Utara
– Kaunter Pandu Masuk

Lokasi bagi kaunter bergerak EZ-Pay di:
– Sri Damansara SD 12/1 : (4 – 5 Julai) dan (8 – 9 Ogos)
– Sri Damansara SD2/1G : (11 – 12 Julai) dan (15 – 16 Ogos)
– Taman Megah SS24 : (18 – 19 Julai) dan (22 – 23 Ogos)
– Kelana Jaya, Jalan SS6 : (25 – 26 Julai) dan (29 – 30 Ogos)

Pertanyaan lanjut boleh hubungi Jabatan Perbendaharaan MBPJ di talian 03-7956 3544 atau kunjungi laman sesawang www.mbpj.gov.my atau Facebook petalingjayacitycouncil dan Twitter serta Instagram @pjcitycouncil.


Pengarang :