Dato’ Seri Amirudin Shari berucap pada program penyampaian hadiah Pertandingan Lukisan Komik ‘Water You Doing’ anjuran Selangor Maritime Gateaway di Bilik MTES SUK, Shah Alam pada 2 Julai 2020. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

KEADILAN Selangor bersedia jika PRU mengejut

SHAH ALAM, 2 JULAI: Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Selangor bersedia sekiranya pilihan raya umum (PRU) dilakukan dalam masa terdekat.

Pengerusinya Dato’ Seri Amirudin Shari berkata politik adalah faktor penting semua parti dan pihaknya bersiap dengan sebarang kemungkinan.

“Dua minggu lalu, KEADILAN sudah maklum semua jentera bersedia sekiranya diperlukan atau keadaan memanggil. Pakatan Harapan (Pakatan) juga pada bulan lalu sudah bermesyuarat untuk minta semua peka dan bersedia,” katanya dalam sidang media hari ini.

Terdahulu, Amirudin yang juga Dato’ Menteri Besar Selangor menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan Selangor Maritime Gateaway Water You Doing? Show Us Your Art! anjuran Landasan Lumayan Sdn Bhd di Bangunan SUK.

Bulan lalu, Presiden Parti Amanah Negara Mohamad Sabu menggesa parti komponen Pakatan mempersiapkan jentera susulan kemungkinan PRU berlangsung dalam tempoh terdekat.


Pengarang :