Petugas melakukan kerja penggantian dan penambah baikan aset-aset kritikal di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 3 (LRA SSP3).
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Kerja tambah baik LRA SSP3 siap, pemulihan bekalan air bermula pagi ini

SHAH ALAM, 15 JULAI: Kerja penambahbaikan Loji Rawatan Air SSP3 (LRA SSP3) siap sepenuhnya malam tadi, kata Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor).

Ketua komunikasi korporatnya berkata sistem loji dijangka diaktifkan semula jam 9 pagi ini.

“Kerja siap jam 11 malam tadi mengikut jadual. Pemulihan bekalan air bersih ke kawasan terlibat secara berperingkat mulai pagi ini hingga 17 Julai,” kata Elina Baseri dalam kenyataan.

Shah Alam serta sebahagian kawasan Klang dan Gombak dijangka menerima bekalan air lebih awal berbanding tempat lain.

Bermula semalam hingga Jumaat, kawasan Petaling, Klang, Gombak, Kuala Lumpur dan Kuala Langat mengalami gangguan bekalan air berjadual susulan kerja penambahbaikan dan penggantian aset kritikal di Loji LRA SSP3 mulai jam 9 pagi semalam.

Kerja bertujuan membolehkan loji beroperasi lebih cekap dan memastikan peralatan berada dalam keadaan baik.


Pengarang :